Monday, 30 January 2017

LAPORAN AKHIR PROJEK KUMPULAN IMTIYAZ
(PBJJ UKM – FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH)

1.0  TEMA :
Tema Pelaksanaan Projek ialah Pembangunan Laman Sesawang Kampung-kampung di Chemor, Perak.

2.0  NAMA PROJEK :
Pembinaan Laman Sesawang di Kampung Ulu Chemor, Chemor, Perak.

3.0  TARIKH / TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK :
Bermula dari 15 Oktober 2016 sehingga 7 Januari 2017.

4.0  AHLI KUMPULAN PROJEK :
                    i.            Puan Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
                  ii.            Encik Muhammad Radzi bin Abdul Rahman  
                iii.            Encik Ahmad Syauqi bin Bakar
                iv.            Puan Siti Rukhiyah binti Salim
                  v.            Cik Nur Hidayah binti Abdul Jalil
( Semuanya adalah merupakan Prasiswazah Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah) di PBJJ Bukit Merah Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 )

5.0  SUMBER PERSONEL LAIN YANG TERLIBAT:
i-                    Puan Fatin Hazwani binti Amran
(Pensyarah LMCR2273 di Pusat CITRA Universiti Kebangsaan Malaysia)
ii-                  Encik Minha Julabidin bin Ismail
(Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan)
iii-                Muhammad Firdaus bin Aznan
(Pelajar Sarjana Universiti Malaya)
iv-                Noor Azizah binti Jahaya
(Suri Rumah)



6.0  ORGANISASI YANG TERLIBAT:
                    i.            Ahli JKKK Kampung Ulu Chemor
                  ii.            Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Mohsiniah, Kampung Ulu Chemor

7.0  MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK :
i-                    Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.

ii-                  Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.

iii-                Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga serta kemahiran kepada masyarakat dan Negara.

iv-                Membentuk keperibadian dan memahami konsep kerjasama serta tolong-menolong antara satu dengan yang lain.

v-                  Memupuk semangat hidup bersama dalam satu komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.

vi-                Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.

vii-              Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan sentiasa ringan tulang membantu orang lain yang memerlukan bantuan.

viii-            Mengumpul maklumat mengenai latar belakang dan keistimewaan berkaitan kawasan Kampung Ulu Chemor, Perak.

ix-                Mereka bentuk sebuah laman sesawang mengenai Kampung Ulu Chemor, Perak.
x-                  Mereka bentuk sebuah laman sesawang mengenai Kampung Ulu Chemor, Perak.

8.0  PELAKSANAAN PROJEK

Bagi merealisasikan keberhasilan projek kami ini dengan jayanya, kami telah mengadakan diskusi bersama ahli kumpulan ( Jawatankuasa Projek) sebagai modus operandi utama bagi pelaksanaan projek ini. Kami telah menetapkan beberapa kali untuk berdiskusi bersama semua ahli kumpulan selaku Jawatankuasa Induk projek ini. Hal ini bertujuan untuk memastikan segala perancangan dan gerak kerja dapat dilaksanakan secara teratur serta menepati sasaran yang sewajarnya. Di samping itu juga, kekerapan berdiskusi ini diadakan agar ahli kumpulan di antara satu sama lain dapat menyatakan segala tindak kerja yang telah dijalankan serta menjadi medium perbincangan serampang dua mata bagi mencari jalan penyelesaian terdahap segala permasalahan yang timbul.


MESYUARAT MINGGUAN

AKTIVITI-AKTIVITI

DISKUSI PERTAMA
·         Perbincangan mengenai penetapan matlamat, objektif dan pemilihan lokasi projek.

DISKUSI KEDUA
·         Perangkaan jadual pelaksanaan projek.

DISKUSI KETIGA
·         Perbincangan gerak kerja bagi sesi temubual.

DISKUSI KEEMPAT
·         Berinteraksi bersama penduduk / wakil setempat di lokasi projek.

DISKUSI KELIMA
·         Penyemakan gambar, video rakaman, data, maklumat dan pemilihan reka bentuk lama sesawang.

DISKUSI KEENAM
·         Sesi penyemakan terhadap pengumpulan data yang telah dimuat naik ke laman sesawang.
DISKUSI KETUJUH
·         Sesi semakan dan persediaan terakhir sebelum pembentangan hasil projek.

DISKUSI KELAPAN
·         Sesi pembetulan, pengemaskinian, penyusunan dan penyediaan Laporan Akhir.


9.0  PERANCANGAN

Kami juga telah membuat perancangan rapi dalam gerak kerja projek ini bagi memastikan setiap objektif yang telah kami tetapkan akan tercapai. Oleh itu, terdapat tiga (4) komponen penting dalam perancangan yang telah kami lakukan yang terdiri dari pembahahagian tugasan, pengumpulan data, merekod pelaksanaan projek dan membuat jadual aktiviti yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli kumpulan.

9.1  Pembahagian Tugasan
Pembahagian tugasan telah dirangka mengikut kemahiran dan kebolehan setiap ahli kumpulan dapat memudahkan lagi pelaksanaan projek serta menjimatkan masa dan tenaga. Berikut ialah jadual pembahagian tugasan mengikut ahli kumpulan:

NAMA
SENARAI TUGASAN
Nurmahani binti Yusoff (Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
Siti Rukhaiyah binti Salim
1.      Penyediaan proposal projek
2.      Pendokumentasian projek
3.      Perancangan bajet
Nurmahani binti Yusoff
Ahmad Syauqi bin Bakar
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
1.      Penyediaan laporan dan refleksi
2.      Mengenal pasti sumber
3.      Pencetakan bahan-bahan
Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Siti Rukhaiyah binti Salim
1.      Penyediaan laporan dan refleksi
2.      Penyediaan soalan temuramah
3.      Penyediaan cenderahati
Nurmahani binti Yusoff (Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
Siti Rukhaiyah binti Salim
1.      Lawatan tapak (lokasi kampung)
2.      Perancangan bajet
3.      Penyediaan alatan pendokumentasian
Nurmahani binti Yusoff (Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Siti Rukhaiyah binti Salim
1.      Penyediaan laporan akhir dan refleksi
2.      Percetakan bahan-bahan (Laporan Akhir)

Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil

1.      Rakaman video pembikinan projek pembinaan laman sesawang (seelum dan selepas projek.

9.2   PENGUMPULAN DATA

Bagi melaksanakan projek laman sesawang ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan data. Antara kaedah berikut adalah:

Ø  Mengadakan temuramah dengan beberapa orang ahli penduduk Kampung Ulu Chemor.

Temuramah ini bertujuan mendapatkan serba sedikit maklumat tentang sejarah, latar belakang, ciri-ciri persekitaran dan sebagainya yang dapat menambahkan input yang berguna bagi projek laman sesawang ini.

Ø  Mengadakan lawatan sekitar perkampungan tersebut dan melakukan beberapa pemerhatian terhadap perkampungan dan persekitarannya serta penduduknya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang akan didokumenterasikan dan dimuat naik ke dalam laman sesawang.

Ø  Mencari dan mengkaji bahan-bahan percetakan yang berkaitan dengan perihal Kampung Ulu Chemor ini.


Ø  Membuat carian dan semakan menerusi capaian internet sekiranya terdapat info-info yang berkaitan bagi sumber rujukan sampingan untuk penambahbaikan dan percambahan idea untuk melengkapkan data maklumat berkaitan kampung tersebut.


9.3  REKOD PELAKSANAAN PROJEK

Dalam melaksanakan projek laman sesawang ini, kami telah menentukan beberapa cara untuk merekod pelaksanaan setiap aktiviti projek laman sesawang ini. Antaranya ialah:

·         Melakukan pemerhatian ke atas kawasan tapak projek. Hasil pemerhatian ini akan didokumentasikan ke dalam laporan mingguan.
·         Membuat dokumentasikan dengan merakam aktiviti lawatan dan temuramah dalam bentuk gambar dan video.
·         Membuat rujukan melalui bahan-bahan cetakan seperti buku-buku dan keratan akhbar. 

9.4  Jadual Pelaksaan Projek

Sesungguhnya tanpa penyusunan jadual yang rapi mana mungkin sesuatu perancangan projek dapat dilakukan dengan baik. Oleh itu, kami telah sepakat membuat jadual dan bersetuju untuk mematuhinya. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat juga kekurangan dan kekhilafan di antara kami berkenaan jadual yang disusun ini. Akan tetapi dengan azam yang tinggi semua ahli kumpulan Imtiyaz berusaha untuk memastikan setiap perancangan yang dijadualkan akan tetap dijalankan dengan jayanya. Susun atur jadual pelaksanaan projek tersebut adalah seperti di muka surat 7.


JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
MINGGU
AKTIVITI
LAPORAN/ REFLEKSI
PERBELANJAAN
ULASAN
Minggu 1
(15 Okt. – 16 Okt)
·         Pengenalan subjek
pembentukan kumpulan
( Semua Ahli Kumpulan ) dalam Diskusi Pertama.
Refleksi 1

·         Pelantikan ahli jawatankuasa.
·         Perbincangan mengenai  proposal projek.
·         Penetapan matlamat, objektif dan pemilihan lokasi projek.
Minggu 2
(22 Okt. – 23 Okt)
·         Diskusi Kedua pertama bagi membincangkan jadual pelaksanaan projek.
·         Penyediaan kertas proposal projek.
( Semua Ahli Kumpulan )
Laporan Kumpulan #1
Tiada
·         Perangkaan jadual pelaksanaan projek.
·         Penyediaan proposal projek.
·         Kertas proposal projek perlu dikemaskini.
Minggu 3
(29 Okt. – 30 Okt.)
·         Cuti Umum Perayaan Deepavali.



Minggu 4
(5 Nov. – 6 Nov.)
·         Perjumpaan wakil kumpulan bersama wakil Jawatankuasa Kampung Ulu Chemor.
( Nurmahani & Nur Hidayah)


·         Penetapan tarikh sesi temubual bersama Ketua Kampung dan wakil penduduk setempat.
Minggu 5
(12 Nov. – 13 Nov.)
·         Diskusi Ketiga - perbincangan gerak kerja bagi sesi temubual.
(semua ahli kumpulan)
·         Penghantaran proposal kepada Pensyarah Pn. Fatin Hazwani melalui “Facebook - Messenger”


·         Penyediaan soalan temubual dan lawatan lokasi projek.
·         Penghantaran kertas proposal dan surat permohonan bagi menjayakan projek kepada Ketua Kampung Ulu Chemor. 
Minggu 6
(19 Nov – 20 Nov)
·         Interaksi transaksional antara Ketua Kampung dan beberapa orang penduduk kampung dalam Diskusi Keempat.
( Semua ahli kumpulan )
·         Rakaman video dan sesi fotografi.
( Ahmad Syauqi, Muhammad Radzi dan Nur Hidayah )
Laporan Kumpulan #2

·         Pengumpulan data dan maklumat berkenaan kampung yang dipilih untuk pelaksanaan projek.
·         Rakaman video dan sesi fotografi berkenaan perjalanan sesi temubual, persekitaran kampung, dan laluan perjalanan ke kampung tersebut.

Minggu 7
( 26 Nov- 27 Nov)
·         Diskusi Kelima - Sesi editing gambar dan video rakaman.
·         Editing data dan maklumat untuk dimuatnaik dalam laman sesawang.
·         Pemilihan reka bentuk laman sesawang.
(Semua ahli kumpulan)



·         Penyusunan rakaman video dan gambar bagi menyediakan klip video ringkas.
·         Memuatnaik data dan maklumat yang lengkap ke laman sesawang.
Minggu 8
(3 Dis – 4 Dis)
·         Diskusi Keenam - Sesi semakan.
Laporan Kumpulan #3


Minggu9
(10 Dis – 11 Dis)
·         Diskusi Ketujuh - Sesi semakan dan persediaan akhir bagi pembentangan hasil projek.
Refleksi # 2

·         Penyediaan slide yang berkaitan dan kemaskini data/maklumat dalam laman sesawang.
·         Memuatnaik video dalam You Tube dan laman sesawang yang siap direka.
Minggu10
(17 Dis – 18 Dis)
·         Pembentangan hasil projek.
Laporan #4

·         Membuat pengemaskinian terhadap komentar dari sesi pembentangan.
Minggu 11 & 12
( 24 - 31 Dis.)
·         Diskusi Kelapan - Sesi pembetulan,  pengemakinian laman sesawang, penyusunan dan penyediaan Laporan Akhir.
Laporan #5
RM 30
·         Persiapan akhir bagi melengkapkan buku Laporan Akhir projek.
7 Januari 2017
·         Sesi Penutup / Majlis Penyerahan Hasil Projek

RM 50 untuk cenderahati
·         Penyerahan hasil projek kepada Ketua Kampung.


10.0          PELAKSANAAN AKTIVITI

LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 1
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor )

2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-1 ( 15 dan 16 Oktober 2016 ) bertempat di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan.
            Pada pertemuan pertama kali bagi subjek LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat ini telah diadakan di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah. Kami adalah merupakan para siswa dan siswi Fakulti Pengajian Islam (Syariah) bagi Semester 1 2016/2017 telah diarahkan untuk membentuk kumpulan seramai lima orang. Oleh yang demikian, ahli kumpulan Imtiyaz telah terbentuk dari hasil perbincangan di antara para pelajar lelaki seramai dua orang dan pelajar perempuan seramai 3 orang yang telah diketuai oleh Nurmahani binti Yusoff. Pembentukan kumpulan ini juga telah menghasilkan beberapa jawatankuasa yang penting bagi memastikan kelancaran dan kelestarian tujuan pembentukan kumpulan ini iaitu pembinaan laman sesawang bagi kampung-kampung atau sesebuah lokasi tempat yang belum pernah dikenali sebagai tugasan yang telah diarahkan oleh pesyarah Puan Fatin Hazwani binti Siran bagi semester ini.
            Pada pertemuan ini, kami telah menjalankan Diskusi Pertama dengan menggunakan pendekatan awal yang selari dengan kaedah P.D.C.A. ( Plan (Perancangan), Do (Pelaksanaan), Check (Penyemakan) dan Act (Tindakan). Oleh itu, bagi Diskusi Pertama ini kami telah memilih (P – Plan) iaitu perancangan dengan membincangkan mengenai penetapan matlamat, objektif dan pemilihan lokasi projek. Seharian kami bertungkus lumus dan memerah otak bagi mencari lokasi yang sesuai bagi tema projek kami kali ini. Alhamdulillah, hasil dari semua ahli yang saling memberikan buah fikiran sekitar Kampung-kampung yang berada di Daerah Kinta iaitu kawasan yang diberi nama Chemor telah menjadi pilihan. Setelah diteliti dan berdiskusi antara satu sama lain, kami telah mengenalpasti sebuah kampung yang diberi nama Kampung Ulu Chemor untuk menjadi lokasi projek kami. Tambahan pula, setelah diteliti dan diterokai melalui capaian internet, kampung ini tidak pernah wujud dalam capaian aplikasi “Google Maps”. Sehubungan itu, semua ahli kumpulan bersepakat untuk menerokai maklumat berkaitan kampung tersebut dan ingin menjadikannya tema projek pembinaan laman sesawang kami ini. Justeru itu, setelah mencapai kata sepakat berkaitan pemilihan lokasi projek dan persetujuan daripada pensyarah Puan Fatin Hazwani, ketua kumpulan Imtiyaz melakar gerak kerja untuk membincangkan berkenaan proposal projek pula dengan meneruskan kaedah D “Do” iaitu pelaksanaan. Draf proposal pada kali pertama telah dilaksanakan dan diberi komentar yang membina dari bimbingan Puan Fatin selaku pensyarah kami. Setelah melalui beberapa semakan dan pembetulan, akhirnya proposal kami telah dihasilkan dengan jayanya serta telah dimajukan kepada pensyarah pada 15 November 2016 yang lalu.

Minggu ke-3 ( 29 dan 30 Oktober 2016) Cuti Perayaan Deepavali
Kami bersepakat untuk berehat seketika untuk memberi ruang kepada setiap ahli meluangkan masa untuk aktiviti masing-masing berikutan hari cuti.

Minggu ke-2 dan Minggu ke-4 (22 dan 23 Oktober 2016 & 5 dan 6 November 2016) .
Namun begitu, pada Diskusi Kedua pada minggu kedua pula kami telah mengadadakan secara perbincangan melalui talian telefon dan aplikasi “What’s App” . Dalam diskusi tersebut kami telah merangka jadual pelaksanaan projek agar gerak kerja kami lebih tersusun, terancang dan bersistematik. Bagi pelaksanaan gerak kerja ini juga kami telah merangka lebih kurang 12 minggu iaitu bermula dari 15 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016. Hal ini adalah berikutan pertemuan dua hala antara sesama ahli hanya dapat dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut jadual kuliah yang tersedia ada. Tambahan pula, lokasi penempatan ahli agak berjauhan di antara satu sama lain. Namun begitu, sungguhpun kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi pengajian jarak jauh tidak pula menjadi satu alasan halangan besar kepada kami untuk berdiskusi antara satu sama lain bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Sebaliknya kami amat bersyukur kerana kewujudan jadual pelaksanaan projek telah memandu kami agar lebih komited dan sentiasa menjadi peringatan agar sesuatu tugas yang telah dilakarkan dapat direalisasikan. Lebih-lebih lagi semua ahli kumpulan telah mengaplikasikan pengetahuan teknologi maklumat dalam bidang “IT” dengan sebaik mungkin. Capaian internet yang sedia ada sama ada secara atas talian melalui emel, aplikasi “What’s App” dan sebagainya telah memudahkan interaksi antara satu sama lain sebagai medium perhubungan penting bagi kumpulan ini. Justeru itu, kami telah berjaya mengemukakan proposal awal ini kepada Ketua Kampung Ulu Chemor berkenaan tujuan dan matlamat kami bagi pembinaan laman sesawang untuk kampung tersebut. Pertemuan pertama bersama Ketua Kampung tersebut telah diaturkan pada 5 November 2016 jam 3.00 petang. Wakil kumpulan yang telah menemui Ketua Kampung Ulu Chemor iaitu Nurmahani dan Nur Hidayah. Perjumpaan tersebut telah berlangsung selama 15 minit di kediamannya. Terdapat sedikit penerangan awal berkaitan tujuan dan matlamat kumpulan Imtiyaz telah diterangkan secara ringkas oleh wakil kumpulan. Di samping itu juga, surat kebenaran dari pensyarah bagi subjek ini juga telah dikemukakan. Hasilnya, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kehadiran kami dengan perancangan projek tersebut amatlah dialu-alukan. Tambahan pula, “tok” Ketua Kampung iaitu Encik Panizan bin Abdul Hamid, memang berhajat dan ingin mengadakan laman sesawang berkenaan kampung ini. Namun begitu, menurut beliau terdapat kekangan tertentu usaha tersebut ditangguhkan. Sehinggalah kedatangan wakil kumpulan kami pada petang itu telah memberi ruang dan peluang sekali lagi untuk hasrat beliau dapat direalisasikan.
Setelah selesai dan kata persetujuan diperolehi dari ketua kampung diperolehi, wakil kumpulan bersetuju untuk menetapkan tarikh pada 19 November 2016 pada jam 3.30 petang untuk mengadakan perjumpaan secara rasmi bersama Jawatankuasa Kampung Ulu Chemor bagi mendapatkan maklumat seterusnya bagi gerak kerja pelaksanaan projek seterusnya.  
Nama                          : Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik         : GB02645
Email                          : sofeannur@gmail.com          No. telefon                  : 013-5811176




LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO  2
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor )

2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-5 ( 19 November 2016) interaksi bersama penduduk kampung dan wakil penduduk setempat di lokasi projek.
            Pada tarikh 19 November 2016 kumpulan kami telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan buat kali pertama bersama-sama wakil penduduk setempat di lokasi projek iaitu Kampung Ulu Chemor. Pertemuan ini adalah melibatkan semua ahli kumpulan seramai lima (5) orang. Masing-masing hadir dengan kenderaan sendiri dan ada yang berkongsi kereta bagi rakan-rakan yang datang dari Pulau Pinang dan Utara Perak iaitu Taiping. Tidak kurang juga bagi salah seorang ahli wanita kami yang sedang sarat mengandung juga turut serta dengan ditemani oleh suaminya yang bertolak dari Ampang, Ipoh. Manakala seorang lagi ditemani ibu dan adik-beradiknya yang bergerak dari Kamunting. Alhamdulillah, perancangan kami untuk berkumpul pada hari tersebut telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Selaku ketua kumpulan, perancangan masa dan lokasi pertemuan bagi menantikan ahli-ahli yang lain telah disusun rapi dan menepati masa yang telah ditetapkan. Berikutan pada hari kejadian sebenar, bermula jam 12.00 tengahari lagi rakan-rakan ahli telah memulakan perjalanan mereka bagi yang tinggal jauh dari Ipoh. Sebuah tempat yang telah dipilih iaitu Mydin Mall Ipoh menjadi tempat berkumpul di antara jam 2.30 petang hingga jam 3.00 petang. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk sampai ke lokasi projek adalah sekitar 3.30 petang. Kenderaan kami bergerak secara berkonvoi bermula dari Mydin Mall Ipoh hingga ke Masjid Al-Mohsiniah, Kampung Ulu Chemor dengan diketuai ole Ketua Kumpulan sendiri yang merupakan anak jati Kampung Ulu Chemor. Kami telah berjaya tiba di perkarangan masjid tersebut lebih kurang jam 3.30 petang.
        Setibanya di lokasi projek, kami berasa amat terpesona dengan keindahan kampung yang agak unit dengan rekabentuk rumah-rumah kediaman penduduk setempat yang tersusun di sepanjang jalan utama ke kampung tersebut di kiri dan kanan jalan. Tambahan pula pemandangan sekitar kampung ini tidak menggambarkan suasana kampung yang dikatakan agak ketinggalan zaman. Sebaliknya kampung ini sedang meningkat maju dan seiringan dengan perkembangan semasa. Meskipun begitu pada namanya sepertimana yang didengari adalah Kampung Ulu Chemor, lazimnya perkataan “ulu” menggambarkan kampung ini seakan-akan sebuah kawasan kampung yang terletak di penghujung sesuatu tempat. Akan tetapi keadaan sebenar persekitarannya adalah berlainan dan membuatkan timbulnya keghairahan untuk mengenali kampung ini lebih dalam lagi.
            Kehadiran kami pada petang itu telah dinantikan oleh Ketua Kampung iaitu Encik Panizan dan Setiausaha Jawatankuasa Kampung, Encik Shafari Hamdan. Kedatangan kami amatlah dialu-alukan dan sementara menunggu ketibaan wakil penduduk yang lain, kami diberi keizinan untuk meninjau keadaan sekeliling perkarangan masjid tersebut. Kami juga mengambil kesempatan yang ada untuk berbincang serba sedikit bagi menambahkan idea berkaitan langkah-langkah projek “D”- Do iaitu pelaksanaan seterusnya mengenai temua bual yang akan diadakan itu. Soalan-soalan berkaitan temubual telah disediakan hasil dari perbincangan kami berlima secara atas talian dan kiriman mel elektronik yang menjadi penghubung antara satu sama lain. Setelah perbincangan diadakan, ketua kumpulan akan membuat keputusan di atas persetujuan semua ahli. Kaedah ini adalah penerapan utama yang kami laksanakan dalam kumpulan Imtiyaz. Bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan temua bual dijalankan, malah menjadikan semua aspek-aspek gerak kerja berkumpulan kami agar lebih bersistematik dan berketrampilan dalam sesebuah mini organisasi ini.
Pada pukul 4.00 petang, semua wakil dari kampung iaitu seramai enam orang yang terdiri daridapa ketua kampung, seorang Setiausaha Jawatankuasa Kg. Ulu Chemor, tiga (3) orang wakil Jawatankuasa Masjid Al-Mohsiniah Kg. Ulu Chemor dan seorang wakil penduduk setempat. Pertemuan ini bertujuan untuk pengumpulan data berkenaan perihal kampung ini. Sesi temu bual bersama penduduk kampung ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Al-Mohsiniah iaitu Encik Rosli bin Othman. Kemudian diikuti dengan sesi taaruf di antara ahli kumpulan Imtiyaz bersama wakil penduduk kampung. Saudara Mohamad Radzi bin Abdul Rahman selaku pembuka bicara dari kumpulan kami telah memperkenalkan dirinya dan ahli-ahli kumpulan. Mohamad Radzi telah memainkan peranannya untuk menjelaskan matlamat dan tujuan serta menceritakan serba sedikit berkenaan kedatangan kami ke kampung tersebut. Seterusnya diikuti oleh Encik Panizan Bin Abdul Hamid selaku ketua kampung untuk memulakan kata-kata aluannya serta beliau juga turut memperkenalkan ahli jemaah yang lain.
Setelah mendengar penjelasan dari kami, wakil penduduk kampung sangat berbesar hati dengan kedatangan kami dan menyatakan hasrat akan membantu sedikit sebanyak yang boleh bagi menjayakan projek ini. Oleh itu, sesi temu bual telah dimulakan dengan pertanyaan dua hala berkenaan perihal kampung tersebut bersama wakil kampung tersebut. Alangkah bertuah dan bersyukurnya kami kerana pada pertemuan tersebut telah turut serta seorang warga tua berusia 73 tahun bernama Yeop Ahmad in Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai “Tok Yop” yang merupakan penduduk asal di kampung ini. Beliau merupakan sumber paling penting kerana telah melalui kehidupan di kampung itu sejak dari usia kanak-kanaknya. Beliau juga merupakan penduduk yang paling lama menetap di kampung tersebut dan tersimpan banyak kisah-kisah lama berkenaan kampung yang masih segar dalam ingatannya dan dapat dikongsikan bersama kami pada petang tersebut .
            Berikut adalah senarai wakil penduduk Kampung Ulu Chemor
  1. Panizan Bin Abdul Hamid ( Ketua Kampung )
  2. Shafari Hamdan Bin Mohamed Noor ( Setiausaha JKK kampung )
  3. Kamarulzaman Bin Ahmad Ghazali ( JKK kampung )
  4. Yeop Ahmad Bin Abu Hassan ( Penduduk )
  5. Rosli Bin Othman ( wakil masjid Al-Mohsiniah –Imam)
Sekitar jam 6.00 petang, selesailah sesi temubual bersama wakil kampung dengan jayanya. Hampir dua jam kami menjalankan sesi temubual tersebut dan kami sangat berpuas hati dengan penerangan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka semua. Di samping itu juga kami diberikan pendedahan dan makluman awal berkenaan projek-projek dan perancangan di masa akan datang untuk penduduk kampung.
Sebelum bersurai kami menikmati sedikit jamuan makan petang yang disediakan oleh jawatankuasa kampung. Sebelum meninggalkan perkarangan masjid, kami mengadakan sesi fotografi sebagai tanda kenangan dan sekaligus sebagai bahan rujukan bagi projek kami. Kami turut dipelawa dan diberi izin oleh ketua kampung untuk melawati dan merakamkan aktiviti sekitar kampung tersebut dengan ditemani oleh Tok Yop sendiri. Memang terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dapat kami lihat serta didapati beerapa aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh penduduk kampung tersebut. Semasa melusuri setiap jalan di kampung ini, wakil kumpulan kami iaitu Ahmad Syauqi telah merakamkan video pemandangan sekitar lokasi projek. Rakaman ini diambil ketika Muhammad Radzi memandu kenderaan MPV Perodua Alza yang turut ditemani oleh “Tok Yop”.
Pada jam 6.30 petang, maka selesailah aktiviti kami kali inidan pulang ke destinasi masing-masing. Kami sangat bersyukur dan berpuas hati dengan pertemuan pertama yang diadakan bersama wakil kampung tersebut dan merancang akan mengadakan pertemuan yang kedua pula pada masa akan datang setelah projek kami selesai dengan jayanya. Hajat kami adalah dengan kejayaan dan keberhasilan laman sesawang Kampung Ulu Chemor ini nanti dapat kami serahkan kepada Ketua Kampung Ulu Chemor untuk digunapakai secara bermanfaat kepada semua penduduk kampong khususnya.

Nama                          : Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik         : GB02645
Email                          : sofeannur@gmail.com         

No. telefon                  : 013-5811176