LAPORAN AKHIR PROJEK
KUMPULAN IMTIYAZ
(PBJJ UKM – FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH)
(PBJJ UKM – FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SYARIAH)
1.0
TEMA :
Tema Pelaksanaan
Projek ialah Pembangunan Laman Sesawang Kampung-kampung di Chemor, Perak.
2.0
NAMA
PROJEK :
Pembinaan Laman Sesawang di Kampung Ulu Chemor,
Chemor, Perak.
3.0
TARIKH
/ TEMPOH PELAKSANAAN PROJEK :
Bermula dari 15 Oktober 2016 sehingga 7 Januari 2017.
4.0 AHLI KUMPULAN PROJEK :
i.
Puan Nurmahani
binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
ii.
Encik Muhammad
Radzi bin Abdul Rahman
iii.
Encik Ahmad
Syauqi bin Bakar
iv.
Puan Siti Rukhiyah
binti Salim
v.
Cik Nur
Hidayah binti Abdul Jalil
( Semuanya adalah merupakan Prasiswazah Ijazah Sarjana Muda Pengajian
Islam (Syariah) di PBJJ Bukit Merah Semester 1 Sesi Akademik 2016/2017 )
5.0 SUMBER PERSONEL LAIN YANG TERLIBAT:
i-
Puan Fatin
Hazwani binti Amran
(Pensyarah LMCR2273 di Pusat CITRA
Universiti Kebangsaan Malaysia)
ii-
Encik Minha
Julabidin bin Ismail
(Penolong Pegawai Kewangan Negeri Perak Darul Ridzuan)
iii-
Muhammad
Firdaus bin Aznan
(Pelajar Sarjana Universiti Malaya)
iv-
Noor Azizah binti
Jahaya
(Suri Rumah)
6.0 ORGANISASI YANG TERLIBAT:
i.
Ahli JKKK
Kampung Ulu Chemor
ii.
Ahli
Jawatankuasa Kariah Masjid Al-Mohsiniah, Kampung Ulu Chemor
7.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROJEK :
i-
Memupuk rasa kecintaan dan kebersamaan dalam
kalangan diri individu terhadap komuniti yang ada di persekitaran.
ii-
Memupuk serta mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan amalan nilai sivik dalam diri setiap individu.
iii-
Memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga
serta kemahiran kepada masyarakat dan Negara.
iv-
Membentuk keperibadian dan memahami konsep
kerjasama serta tolong-menolong antara satu dengan yang lain.
v-
Memupuk semangat hidup bersama dalam satu
komuniti tanpa mengira agama, bangsa, kepercayaan dan ideologi.
vi-
Menjadi warganegara yang patriotik,
prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
vii-
Mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan
sentiasa ringan tulang
membantu orang lain yang memerlukan bantuan.
viii-
Mengumpul maklumat mengenai latar belakang dan
keistimewaan berkaitan kawasan Kampung Ulu Chemor, Perak.
ix-
Mereka bentuk sebuah laman sesawang mengenai Kampung
Ulu Chemor, Perak.
x-
Mereka bentuk sebuah laman sesawang mengenai Kampung
Ulu Chemor, Perak.
8.0 PELAKSANAAN PROJEK
Bagi merealisasikan
keberhasilan projek kami ini dengan jayanya, kami telah mengadakan diskusi bersama
ahli kumpulan ( Jawatankuasa Projek) sebagai modus operandi utama bagi pelaksanaan
projek ini. Kami telah menetapkan beberapa kali untuk berdiskusi bersama semua
ahli kumpulan selaku Jawatankuasa Induk projek ini. Hal ini bertujuan untuk
memastikan segala perancangan dan gerak kerja dapat dilaksanakan secara teratur
serta menepati sasaran yang sewajarnya. Di samping itu juga, kekerapan
berdiskusi ini diadakan agar ahli kumpulan di antara satu sama lain dapat
menyatakan segala tindak kerja yang telah dijalankan serta menjadi medium
perbincangan serampang dua mata bagi mencari jalan penyelesaian terdahap segala
permasalahan yang timbul.
MESYUARAT MINGGUAN
|
AKTIVITI-AKTIVITI
|
DISKUSI PERTAMA
|
·
Perbincangan mengenai penetapan
matlamat, objektif dan pemilihan lokasi projek.
|
DISKUSI KEDUA
|
·
Perangkaan jadual pelaksanaan projek.
|
DISKUSI KETIGA
|
·
Perbincangan gerak kerja bagi sesi
temubual.
|
DISKUSI KEEMPAT
|
·
Berinteraksi bersama penduduk / wakil
setempat di lokasi projek.
|
DISKUSI KELIMA
|
·
Penyemakan gambar, video rakaman,
data, maklumat dan pemilihan reka bentuk lama sesawang.
|
DISKUSI KEENAM
|
·
Sesi penyemakan terhadap pengumpulan
data yang telah dimuat naik ke laman sesawang.
|
DISKUSI KETUJUH
|
·
Sesi semakan dan persediaan terakhir
sebelum pembentangan hasil projek.
|
DISKUSI KELAPAN
|
·
Sesi pembetulan, pengemaskinian,
penyusunan dan penyediaan Laporan Akhir.
|
9.0 PERANCANGAN
Kami juga telah
membuat perancangan rapi dalam gerak kerja projek ini bagi memastikan setiap objektif
yang telah kami tetapkan akan tercapai. Oleh itu, terdapat tiga (4) komponen
penting dalam perancangan yang telah kami lakukan yang terdiri dari
pembahahagian tugasan, pengumpulan data, merekod pelaksanaan projek dan membuat
jadual aktiviti yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli kumpulan.
9.1 Pembahagian Tugasan
Pembahagian tugasan
telah dirangka mengikut kemahiran dan kebolehan setiap ahli kumpulan dapat
memudahkan lagi pelaksanaan projek serta menjimatkan masa dan tenaga. Berikut ialah
jadual pembahagian tugasan mengikut ahli kumpulan:
NAMA
|
SENARAI TUGASAN
|
Nurmahani binti Yusoff
(Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
Siti Rukhaiyah binti Salim
|
1.
Penyediaan proposal projek
2.
Pendokumentasian projek
3.
Perancangan bajet
|
Nurmahani binti Yusoff
Ahmad Syauqi bin Bakar
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
|
1.
Penyediaan laporan dan refleksi
2.
Mengenal pasti sumber
3.
Pencetakan bahan-bahan
|
Muhammad Radzi bin Abdul
Rahman
Siti Rukhaiyah binti Salim
|
1.
Penyediaan laporan dan refleksi
2.
Penyediaan soalan temuramah
3.
Penyediaan cenderahati
|
Nurmahani binti Yusoff
(Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Muhammad Radzi bin Abdul Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
Siti Rukhaiyah binti Salim
|
1.
Lawatan tapak (lokasi kampung)
2.
Perancangan bajet
3.
Penyediaan alatan pendokumentasian
|
Nurmahani binti Yusoff
(Ketua)
Ahmad Syauqi bin Bakar
Siti Rukhaiyah binti Salim
|
1.
Penyediaan laporan akhir dan refleksi
2.
Percetakan bahan-bahan (Laporan Akhir)
|
Muhammad Radzi bin Abdul
Rahman
Nur Hidayah binti Abdul Jalil
|
1.
Rakaman video pembikinan projek
pembinaan laman sesawang (seelum dan selepas projek.
|
9.2
PENGUMPULAN DATA
Bagi melaksanakan projek
laman sesawang ini, kumpulan kami telah menggunakan beberapa kaedah pengumpulan
data. Antara kaedah berikut adalah:
Ø
Mengadakan temuramah dengan beberapa
orang ahli penduduk Kampung Ulu Chemor.
Temuramah ini bertujuan mendapatkan serba sedikit maklumat tentang sejarah, latar belakang, ciri-ciri persekitaran dan sebagainya yang dapat menambahkan input yang berguna bagi projek laman sesawang ini.
Ø
Mengadakan lawatan sekitar perkampungan tersebut
dan melakukan beberapa pemerhatian terhadap perkampungan dan persekitarannya serta
penduduknya. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang akan didokumenterasikan
dan dimuat naik ke dalam laman sesawang.
Ø
Mencari dan mengkaji bahan-bahan
percetakan yang berkaitan dengan perihal Kampung Ulu Chemor ini.
Ø
Membuat carian dan semakan menerusi
capaian internet sekiranya terdapat info-info yang berkaitan bagi sumber
rujukan sampingan untuk penambahbaikan dan percambahan idea untuk melengkapkan
data maklumat berkaitan kampung tersebut.
9.3
REKOD PELAKSANAAN
PROJEK
Dalam melaksanakan projek
laman sesawang ini, kami telah menentukan beberapa cara untuk merekod pelaksanaan
setiap aktiviti projek laman sesawang ini. Antaranya ialah:
·
Melakukan pemerhatian ke atas kawasan tapak
projek. Hasil pemerhatian ini akan didokumentasikan ke dalam laporan mingguan.
·
Membuat dokumentasikan dengan merakam aktiviti
lawatan dan temuramah dalam bentuk gambar dan video.
·
Membuat rujukan melalui bahan-bahan cetakan
seperti buku-buku dan keratan akhbar.
9.4
Jadual Pelaksaan
Projek
Sesungguhnya
tanpa penyusunan jadual yang rapi mana mungkin sesuatu perancangan projek dapat
dilakukan dengan baik. Oleh itu, kami telah sepakat membuat jadual dan
bersetuju untuk mematuhinya. Namun begitu, tidak dinafikan terdapat juga
kekurangan dan kekhilafan di antara kami berkenaan jadual yang disusun ini. Akan
tetapi dengan azam yang tinggi semua ahli kumpulan Imtiyaz berusaha untuk
memastikan setiap perancangan yang dijadualkan akan tetap dijalankan dengan
jayanya. Susun atur jadual pelaksanaan projek tersebut adalah seperti di muka
surat 7.
JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
MINGGU
|
AKTIVITI
|
LAPORAN/ REFLEKSI
|
PERBELANJAAN
|
ULASAN
|
Minggu 1
(15 Okt. – 16 Okt) |
·
Pengenalan subjek
pembentukan kumpulan
( Semua Ahli Kumpulan ) dalam Diskusi
Pertama.
|
Refleksi 1
|
·
Pelantikan ahli jawatankuasa.
·
Perbincangan mengenai proposal projek.
·
Penetapan matlamat, objektif dan
pemilihan lokasi projek.
|
|
Minggu 2
(22 Okt. – 23 Okt) |
·
Diskusi Kedua pertama bagi
membincangkan jadual pelaksanaan projek.
·
Penyediaan kertas proposal projek.
( Semua Ahli Kumpulan )
|
Laporan Kumpulan #1
|
Tiada
|
·
Perangkaan jadual pelaksanaan projek.
·
Penyediaan proposal projek.
·
Kertas proposal projek perlu
dikemaskini.
|
Minggu 3
(29 Okt. – 30 Okt.) |
·
Cuti Umum Perayaan Deepavali.
|
|||
Minggu 4
(5 Nov. – 6 Nov.) |
·
Perjumpaan wakil kumpulan bersama
wakil Jawatankuasa Kampung Ulu Chemor.
( Nurmahani & Nur Hidayah) |
·
Penetapan tarikh sesi temubual bersama
Ketua Kampung dan wakil penduduk setempat.
|
||
Minggu 5
(12 Nov. – 13 Nov.) |
·
Diskusi Ketiga - perbincangan gerak
kerja bagi sesi temubual.
(semua ahli kumpulan)
·
Penghantaran proposal kepada Pensyarah
Pn. Fatin Hazwani melalui “Facebook - Messenger”
|
·
Penyediaan soalan temubual dan lawatan
lokasi projek.
·
Penghantaran kertas proposal dan surat
permohonan bagi menjayakan projek kepada Ketua Kampung Ulu Chemor.
|
||
Minggu 6
(19 Nov – 20 Nov) |
·
Interaksi transaksional antara Ketua
Kampung dan beberapa orang penduduk kampung dalam Diskusi Keempat.
( Semua ahli kumpulan )
·
Rakaman video dan sesi fotografi.
( Ahmad Syauqi,
Muhammad Radzi dan Nur Hidayah )
|
Laporan Kumpulan #2
|
·
Pengumpulan data dan maklumat
berkenaan kampung yang dipilih untuk pelaksanaan projek.
·
Rakaman video dan sesi fotografi
berkenaan perjalanan sesi temubual, persekitaran kampung, dan laluan
perjalanan ke kampung tersebut.
|
|
Minggu
7
( 26 Nov- 27 Nov)
|
·
Diskusi Kelima - Sesi editing gambar
dan video rakaman.
·
Editing data dan maklumat untuk
dimuatnaik dalam laman sesawang.
·
Pemilihan reka bentuk laman sesawang.
(Semua ahli kumpulan)
|
·
Penyusunan rakaman video dan gambar
bagi menyediakan klip video ringkas.
·
Memuatnaik data dan maklumat yang
lengkap ke laman sesawang.
|
||
Minggu 8
(3 Dis – 4 Dis)
|
·
Diskusi Keenam - Sesi semakan.
|
Laporan Kumpulan #3
|
||
Minggu9
(10 Dis – 11 Dis) |
·
Diskusi Ketujuh - Sesi semakan dan
persediaan akhir bagi pembentangan hasil projek.
|
Refleksi # 2
|
·
Penyediaan slide yang berkaitan dan
kemaskini data/maklumat dalam laman sesawang.
·
Memuatnaik video dalam You Tube dan
laman sesawang yang siap direka.
|
|
Minggu10
(17 Dis – 18 Dis) |
·
Pembentangan hasil projek.
|
Laporan #4
|
·
Membuat pengemaskinian terhadap
komentar dari sesi pembentangan.
|
|
Minggu 11 & 12
( 24 - 31 Dis.)
|
·
Diskusi Kelapan - Sesi pembetulan, pengemakinian laman sesawang, penyusunan dan
penyediaan Laporan Akhir.
|
Laporan #5
|
RM 30
|
·
Persiapan akhir bagi melengkapkan buku
Laporan Akhir projek.
|
7 Januari 2017
|
·
Sesi Penutup / Majlis Penyerahan Hasil
Projek
|
RM 50 untuk
cenderahati
|
·
Penyerahan hasil projek kepada Ketua
Kampung.
|
10.0
PELAKSANAAN AKTIVITI
LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 1
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun
Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor )
2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-1 ( 15 dan 16 Oktober 2016 )
bertempat di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan.
Pada pertemuan
pertama kali bagi subjek LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat ini telah
diadakan di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah. Kami adalah merupakan
para siswa dan siswi Fakulti Pengajian Islam (Syariah) bagi Semester 1
2016/2017 telah diarahkan untuk membentuk kumpulan seramai lima orang. Oleh
yang demikian, ahli kumpulan Imtiyaz telah terbentuk dari hasil perbincangan di
antara para pelajar lelaki seramai dua orang dan pelajar perempuan seramai 3
orang yang telah diketuai oleh Nurmahani binti Yusoff. Pembentukan kumpulan ini
juga telah menghasilkan beberapa jawatankuasa yang penting bagi memastikan
kelancaran dan kelestarian tujuan pembentukan kumpulan ini iaitu pembinaan laman
sesawang bagi kampung-kampung atau sesebuah lokasi tempat yang belum pernah
dikenali sebagai tugasan yang telah diarahkan oleh pesyarah Puan Fatin Hazwani
binti Siran bagi semester ini.
Pada pertemuan ini, kami
telah menjalankan Diskusi Pertama dengan menggunakan pendekatan awal yang
selari dengan kaedah P.D.C.A. ( Plan (Perancangan), Do
(Pelaksanaan), Check (Penyemakan) dan Act (Tindakan). Oleh itu,
bagi Diskusi Pertama ini kami telah memilih (P – Plan) iaitu perancangan
dengan membincangkan mengenai penetapan matlamat, objektif dan pemilihan lokasi
projek. Seharian kami bertungkus lumus dan memerah otak bagi mencari lokasi
yang sesuai bagi tema projek kami kali ini. Alhamdulillah, hasil dari semua
ahli yang saling memberikan buah fikiran sekitar Kampung-kampung yang berada di
Daerah Kinta iaitu kawasan yang diberi nama Chemor telah menjadi pilihan.
Setelah diteliti dan berdiskusi antara satu sama lain, kami telah mengenalpasti
sebuah kampung yang diberi nama Kampung Ulu Chemor untuk menjadi lokasi projek
kami. Tambahan pula, setelah diteliti dan diterokai melalui capaian internet,
kampung ini tidak pernah wujud dalam capaian aplikasi “Google Maps”.
Sehubungan itu, semua ahli kumpulan bersepakat untuk menerokai maklumat
berkaitan kampung tersebut dan ingin menjadikannya tema projek pembinaan laman
sesawang kami ini. Justeru itu, setelah mencapai kata sepakat berkaitan
pemilihan lokasi projek dan persetujuan daripada pensyarah Puan Fatin Hazwani,
ketua kumpulan Imtiyaz melakar gerak kerja untuk membincangkan berkenaan
proposal projek pula dengan meneruskan kaedah D “Do” iaitu pelaksanaan.
Draf proposal pada kali pertama telah dilaksanakan dan diberi komentar yang
membina dari bimbingan Puan Fatin selaku pensyarah kami. Setelah melalui
beberapa semakan dan pembetulan, akhirnya proposal kami telah dihasilkan dengan
jayanya serta telah dimajukan kepada pensyarah pada 15 November 2016 yang lalu.
Minggu ke-3 ( 29 dan 30 Oktober 2016) Cuti
Perayaan Deepavali
Kami bersepakat untuk berehat seketika untuk memberi ruang kepada setiap
ahli meluangkan masa untuk aktiviti masing-masing berikutan hari cuti.
Minggu ke-2 dan Minggu ke-4 (22 dan 23 Oktober
2016 & 5 dan 6 November 2016) .
Namun begitu, pada Diskusi Kedua pada minggu kedua pula kami telah
mengadadakan secara perbincangan melalui talian telefon dan aplikasi “What’s
App” . Dalam diskusi tersebut kami telah merangka jadual pelaksanaan projek
agar gerak kerja kami lebih tersusun, terancang dan bersistematik. Bagi
pelaksanaan gerak kerja ini juga kami telah merangka lebih kurang 12 minggu
iaitu bermula dari 15 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016. Hal ini adalah
berikutan pertemuan dua hala antara sesama ahli hanya dapat dilakukan pada hari
Sabtu dan Ahad mengikut jadual kuliah yang tersedia ada. Tambahan pula, lokasi
penempatan ahli agak berjauhan di antara satu sama lain. Namun begitu,
sungguhpun kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi pengajian jarak jauh tidak pula
menjadi satu alasan halangan besar kepada kami untuk berdiskusi antara satu
sama lain bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Sebaliknya kami
amat bersyukur kerana kewujudan jadual pelaksanaan projek telah memandu kami
agar lebih komited dan sentiasa menjadi peringatan agar sesuatu tugas yang
telah dilakarkan dapat direalisasikan. Lebih-lebih lagi semua ahli kumpulan
telah mengaplikasikan pengetahuan teknologi maklumat dalam bidang “IT” dengan
sebaik mungkin. Capaian internet yang sedia ada sama ada secara atas talian
melalui emel, aplikasi “What’s App” dan sebagainya telah memudahkan interaksi
antara satu sama lain sebagai medium perhubungan penting bagi kumpulan ini.
Justeru itu, kami telah berjaya mengemukakan proposal awal ini kepada Ketua
Kampung Ulu Chemor berkenaan tujuan dan matlamat kami bagi pembinaan laman
sesawang untuk kampung tersebut. Pertemuan pertama bersama Ketua Kampung
tersebut telah diaturkan pada 5 November 2016 jam 3.00 petang. Wakil kumpulan
yang telah menemui Ketua Kampung Ulu Chemor iaitu Nurmahani dan Nur Hidayah.
Perjumpaan tersebut telah berlangsung selama 15 minit di kediamannya. Terdapat
sedikit penerangan awal berkaitan tujuan dan matlamat kumpulan Imtiyaz telah
diterangkan secara ringkas oleh wakil kumpulan. Di samping itu juga, surat
kebenaran dari pensyarah bagi subjek ini juga telah dikemukakan. Hasilnya,
bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kehadiran kami dengan perancangan projek
tersebut amatlah dialu-alukan. Tambahan pula, “tok” Ketua Kampung iaitu Encik
Panizan bin Abdul Hamid, memang berhajat dan ingin mengadakan laman sesawang
berkenaan kampung ini. Namun begitu, menurut beliau terdapat kekangan tertentu
usaha tersebut ditangguhkan. Sehinggalah kedatangan wakil kumpulan kami pada
petang itu telah memberi ruang dan peluang sekali lagi untuk hasrat beliau
dapat direalisasikan.
Setelah selesai dan kata persetujuan diperolehi dari ketua kampung
diperolehi, wakil kumpulan bersetuju untuk menetapkan tarikh pada 19 November
2016 pada jam 3.30 petang untuk mengadakan perjumpaan secara rasmi bersama
Jawatankuasa Kampung Ulu Chemor bagi mendapatkan maklumat seterusnya bagi gerak
kerja pelaksanaan projek seterusnya.
Nama :
Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik :
GB02645
LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 2
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun
Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor )
2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-5 ( 19 November 2016) interaksi
bersama penduduk kampung dan wakil penduduk setempat di lokasi projek.
Pada tarikh 19
November 2016 kumpulan kami telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan buat
kali pertama bersama-sama wakil penduduk setempat di lokasi projek iaitu
Kampung Ulu Chemor. Pertemuan ini adalah melibatkan semua ahli kumpulan seramai
lima (5) orang. Masing-masing hadir dengan kenderaan sendiri dan ada yang
berkongsi kereta bagi rakan-rakan yang datang dari Pulau Pinang dan Utara Perak
iaitu Taiping. Tidak kurang juga bagi salah seorang ahli wanita kami yang
sedang sarat mengandung juga turut serta dengan ditemani oleh suaminya yang
bertolak dari Ampang, Ipoh. Manakala seorang lagi ditemani ibu dan
adik-beradiknya yang bergerak dari Kamunting. Alhamdulillah, perancangan kami
untuk berkumpul pada hari tersebut telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Selaku
ketua kumpulan, perancangan masa dan lokasi pertemuan bagi menantikan ahli-ahli
yang lain telah disusun rapi dan menepati masa yang telah ditetapkan. Berikutan
pada hari kejadian sebenar, bermula jam 12.00 tengahari lagi rakan-rakan ahli
telah memulakan perjalanan mereka bagi yang tinggal jauh dari Ipoh. Sebuah
tempat yang telah dipilih iaitu Mydin Mall Ipoh menjadi tempat berkumpul di antara
jam 2.30 petang hingga jam 3.00 petang. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan
untuk sampai ke lokasi projek adalah sekitar 3.30 petang. Kenderaan kami
bergerak secara berkonvoi bermula dari Mydin Mall Ipoh hingga ke Masjid
Al-Mohsiniah, Kampung Ulu Chemor dengan diketuai ole Ketua Kumpulan sendiri
yang merupakan anak jati Kampung Ulu Chemor. Kami telah berjaya tiba di
perkarangan masjid tersebut lebih kurang jam 3.30 petang.
Setibanya
di lokasi projek, kami berasa amat terpesona dengan keindahan kampung yang agak
unit dengan rekabentuk rumah-rumah kediaman penduduk setempat yang tersusun di
sepanjang jalan utama ke kampung tersebut di kiri dan kanan jalan. Tambahan
pula pemandangan sekitar kampung ini tidak menggambarkan suasana kampung yang
dikatakan agak ketinggalan zaman. Sebaliknya kampung ini sedang meningkat maju
dan seiringan dengan perkembangan semasa. Meskipun begitu pada namanya sepertimana
yang didengari adalah Kampung Ulu Chemor, lazimnya perkataan “ulu” menggambarkan
kampung ini seakan-akan sebuah kawasan kampung yang terletak di penghujung
sesuatu tempat. Akan tetapi keadaan sebenar persekitarannya adalah berlainan
dan membuatkan timbulnya keghairahan untuk mengenali kampung ini lebih dalam
lagi.
Kehadiran kami pada petang itu telah
dinantikan oleh Ketua Kampung iaitu Encik Panizan dan Setiausaha Jawatankuasa
Kampung, Encik Shafari Hamdan. Kedatangan kami amatlah dialu-alukan dan
sementara menunggu ketibaan wakil penduduk yang lain, kami diberi keizinan untuk
meninjau keadaan sekeliling perkarangan masjid tersebut. Kami juga mengambil
kesempatan yang ada untuk berbincang serba sedikit bagi menambahkan idea
berkaitan langkah-langkah projek “D”- Do iaitu pelaksanaan seterusnya mengenai
temua bual yang akan diadakan itu. Soalan-soalan berkaitan temubual telah
disediakan hasil dari perbincangan kami berlima secara atas talian dan kiriman
mel elektronik yang menjadi penghubung antara satu sama lain. Setelah
perbincangan diadakan, ketua kumpulan akan membuat keputusan di atas
persetujuan semua ahli. Kaedah ini adalah penerapan utama yang kami laksanakan
dalam kumpulan Imtiyaz. Bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan temua bual
dijalankan, malah menjadikan semua aspek-aspek gerak kerja berkumpulan kami
agar lebih bersistematik dan berketrampilan dalam sesebuah mini organisasi ini.
Pada pukul 4.00 petang, semua wakil dari kampung iaitu seramai enam orang
yang terdiri daridapa ketua kampung, seorang Setiausaha Jawatankuasa Kg. Ulu
Chemor, tiga (3) orang wakil Jawatankuasa Masjid Al-Mohsiniah Kg. Ulu Chemor
dan seorang wakil penduduk setempat. Pertemuan ini bertujuan untuk pengumpulan
data berkenaan perihal kampung ini. Sesi temu bual bersama penduduk kampung ini
telah dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Al-Mohsiniah iaitu Encik
Rosli bin Othman. Kemudian diikuti dengan sesi taaruf di antara ahli kumpulan
Imtiyaz bersama wakil penduduk kampung. Saudara Mohamad Radzi bin Abdul Rahman
selaku pembuka bicara dari kumpulan kami telah memperkenalkan dirinya dan
ahli-ahli kumpulan. Mohamad Radzi telah memainkan peranannya untuk menjelaskan
matlamat dan tujuan serta menceritakan serba sedikit berkenaan kedatangan kami
ke kampung tersebut. Seterusnya diikuti oleh Encik Panizan Bin Abdul Hamid
selaku ketua kampung untuk memulakan kata-kata aluannya serta beliau juga turut
memperkenalkan ahli jemaah yang lain.
Setelah mendengar penjelasan dari kami, wakil penduduk kampung sangat
berbesar hati dengan kedatangan kami dan menyatakan hasrat akan membantu
sedikit sebanyak yang boleh bagi menjayakan projek ini. Oleh itu, sesi temu
bual telah dimulakan dengan pertanyaan dua hala berkenaan perihal kampung
tersebut bersama wakil kampung tersebut. Alangkah bertuah dan bersyukurnya kami
kerana pada pertemuan tersebut telah turut serta seorang warga tua berusia 73
tahun bernama Yeop Ahmad in Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai “Tok Yop”
yang merupakan penduduk asal di kampung ini. Beliau merupakan sumber paling
penting kerana telah melalui kehidupan di kampung itu sejak dari usia
kanak-kanaknya. Beliau juga merupakan penduduk yang paling lama menetap di
kampung tersebut dan tersimpan banyak kisah-kisah lama berkenaan kampung yang
masih segar dalam ingatannya dan dapat dikongsikan bersama kami pada petang
tersebut .
Berikut adalah senarai
wakil penduduk Kampung Ulu Chemor
- Panizan Bin
Abdul Hamid ( Ketua Kampung )
- Shafari Hamdan
Bin Mohamed Noor ( Setiausaha JKK kampung )
- Kamarulzaman Bin
Ahmad Ghazali ( JKK kampung )
- Yeop Ahmad Bin
Abu Hassan ( Penduduk )
- Rosli Bin Othman
( wakil masjid Al-Mohsiniah –Imam)
Sekitar jam 6.00 petang, selesailah sesi temubual bersama wakil kampung
dengan jayanya. Hampir dua jam kami menjalankan sesi temubual tersebut dan kami
sangat berpuas hati dengan penerangan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka
semua. Di samping itu juga kami diberikan pendedahan dan makluman awal
berkenaan projek-projek dan perancangan di masa akan datang untuk penduduk
kampung.
Sebelum bersurai kami menikmati sedikit jamuan makan petang yang
disediakan oleh jawatankuasa kampung. Sebelum meninggalkan perkarangan masjid,
kami mengadakan sesi fotografi sebagai tanda kenangan dan sekaligus sebagai
bahan rujukan bagi projek kami. Kami turut dipelawa dan diberi izin oleh ketua
kampung untuk melawati dan merakamkan aktiviti sekitar kampung tersebut dengan
ditemani oleh Tok Yop sendiri. Memang terdapat banyak tempat-tempat yang
menarik dapat kami lihat serta didapati beerapa aktiviti menarik yang telah
dijalankan oleh penduduk kampung tersebut. Semasa melusuri setiap jalan di
kampung ini, wakil kumpulan kami iaitu Ahmad Syauqi telah merakamkan video
pemandangan sekitar lokasi projek. Rakaman ini diambil ketika Muhammad Radzi
memandu kenderaan MPV Perodua Alza yang turut ditemani oleh “Tok Yop”.
Pada jam 6.30 petang, maka selesailah aktiviti kami kali inidan pulang ke
destinasi masing-masing. Kami sangat bersyukur dan berpuas hati dengan
pertemuan pertama yang diadakan bersama wakil kampung tersebut dan merancang
akan mengadakan pertemuan yang kedua pula pada masa akan datang setelah projek
kami selesai dengan jayanya. Hajat kami adalah dengan kejayaan dan keberhasilan
laman sesawang Kampung Ulu Chemor ini nanti dapat kami serahkan kepada Ketua
Kampung Ulu Chemor untuk digunapakai secara bermanfaat kepada semua penduduk
kampong khususnya.
Nama :
Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik :
GB02645
No. telefon :
013-5811176
No comments:
Post a Comment