Thursday, 29 December 2016

DATA TEMU BUAL

-      PENGENALAN
Had kawasan Kampung Ulu Chemor ini adalah bermula dari “Gapeh” iaitu tanah perkuburan orang Islam hinggalah ke Kampung Jasa.
1 .      Pengenalan 
·         pembukaan Kg. Ulu Chemor?
-          Tahun 1917 (Sebelum merdeka) hampir 100 tahun..peduduk yg lahir tahun 80an adalah generasi ke-10 atau ke-11

-          Kg. Ulu Chemor dibuka oleh pendatang / orang asal membuka kampung ini di antaranya dari Kuala Kangsar, Parit dan Batu gajah.... “Tok Ketua” atau ketua kampung ketika itu adalah berketurunan Jawa “Mendaileng”. 
-          Kata tok yob (Yeop Ahmad Bin Abu Hassan..pada mula pembukaan kg ini dulu ramai yang datang…dari kuala..parit dan batu gajah. Tetapi ramai juga yang tinggalkan kg ini kerana tidak di benarkan menanam getah disini. Hanya dibenarkan menanam padi oleh penghulu ketika itu (Mat Saud) ketika itu.

-          Banyak tapak perlombongan di sekitar kampung ini.

-          Nama ketua kg ulu chemor:
·         Tok Ki Kasim
·         Che Mat Karim
·         Pak Teh Basih
·         Amintaza
·         Hj Zakaria bin Mohamad
·         Abdul Rahman (Pak Man)
·         Mohamad Zain bin Chu
·         Sabri bin Kulup Mat Sah 
·         Mahmud bin Bahari
·         Hassan bin Zabidin
·         Panizan bin Adul Hamid
-          Nama kg. ulu chemor berasal daripada ulu sungai  chemor.(tok ketua)
-          Factor geografi kg sedikit lembah..dikelilingi bukit dan banjaran.
2.      Bilangan penduduk kg ulu chemor.
-          900orang termasuk kg sg. baduk dan kg jasa (60orang /tanah anugerah), kg baru. 
-          Kg. ulu chemor 100% melayu , perkampungan orang asli pula terdiri dari suku
- majoriti penduduk ulu chemor berkerja sendiri..berkebun (klpa sawit,getah)..bertukang..berniaga..generasi muda ada yang berkerja kilang..ada segenlitir penjawat awam telah berpindah keluar dari kg itu.
3.      Kedudukan kg ulu chemor
-          Di kelilingi bukit..hutan simpan..pinggir banjaran titi wangsa dan banjaran kelebang..bukit kinta..
4.      Sejarah kg.
-          Asalnya kg ulu chenor bukan ditempat penempatan sekarang..penduduk kg ini bergerak atau berpindah dari atu tempat ke satu tempat..kerana perlombongan..tetapi masih di dalam kawasan kg ulu chemor. Berakhirnya keadaan pindah randah ini setelah dan menetap sehingga ke hari ini disini adalah kerana setelah di wartakan kawasan ini sebagai tanah rizab melayu.
-          Bermulanya penempatan asal penduduk kg ulu chemor ini ialah berdekatan pekan Chemor (Johot) atau sekarang ini di kenali sebagai kg. cik zainal. Disitu bermula tapak perlombongan ketika itu. Kemudian pindah ke sanggit berdekatan tanah perkuburan..kemudian pindah ke lata akid (kg. tua) kg. jawa..kemudian selepas itu baru berpindah ke tempat sekarang ini dan diwarta sebagai rezab melayu. 
-          Kesan perpindahan penduduk dahulu yang dapat dapat kita tengok hingga sekarang ini ialah kubur kg. ulu chemor sekarang..pada asalnya dahulu kubur tersebut berada di belakag kg…tetapi selepas beberapa kali penduduk pindah sebab perlombongan, akhirnya kedudukan pekampungan telah menjadi kebelakang daripada tanah perkuburan.
-          Kg ini pernah terkenal sebagai pengeluar ubi kayu pada tahu 70an dan sejarah ini telah dicatat dala buku teks sekolah tingkatan 5.
-          Sejarah istimewa kg ini juga pernah menerima lawatan daripa siam pada satu ketika dahulu..
-          kemudia sultan idris (sultan perak) juga pernah dating kesini mengikut jejak bapanya sultan alam iskandar, kerana pada ketika zaman pemerintahan sultan alam iskandar dahulu, juga pernah datang kesini berburu. 
-          Yang mana kesan kehadiran sultan alam iskandar dulu terdapat satu tempat disni yang dikenali sebagai permatang raja bendahara.tempat sultan alam ikandar tinggal ketika datang ke kg ini dahulu.
-          Sultan azlan shah juga pernah membesar disini, ibu angkatnya juga tinggal disini.
-          Sejarah kg ini tak ada nama..di warta @@@@xxxxx 
-          Pada tahun 1948..kg ini di istihar darurat kerana dikatakan penduduk kg ini telah bersubhat dengan kominis, kerana pada ketika itu penduduk kg in tinggal harmoni bersama dengan orang cina di dalam kg ini tanpa ada pergaduhan..setelah jepun masuk melaya, masyarakat cina lari kedalam hutan dan menubuhkan MPAJA (Melayan People Anti Japanis). British membantu cina untuk menlawan jepun menuntut kemerdekaan di bawah pemerintahan cina. Ketika itu berlaku peperang antara british dengan jepun. Dan disebabkan ketika itu kg ini aman damai tanpa ada kekacauan seperti kg2 yg lain, tidak ada pergaduhan, pembunuhan..pihak british menuduh kg ini bersubhat dengan org2 komunis (jepun). (Kata pak yob..kita memang baik dengan cina sejak sebelum perang lagi..dan sehingga sekarang hubungan penduduk kg itu dgn masyarakat cina masih baik..sehinggaka ketika peristiwa 13 mei dahulu, dikatakan pramai cina datang meminta perlindungan di kg ini.)Di sebabkan perkara itu mereka telah memadamkan nama kg ulu chemor..dan yg tinggal hanya nama “reseve kg. hulu chemor” shj..jika buka dlm peta tahun 1953 memang masih ada nama kg hulu chemor dalam peta tersebut.(peta masih ada dlm simpanan penduduk).
-        Dalam geran mukim yg dekeluarkan pada feb 1918 tulis “ulu chemor melay resevision”.
-      Pihak british berhasrat utk menutup kg ini, dan pada ketika itu mereka telah menyediakan lori balai polis ipoh untuk mengeluarkan semua penduduk kg daripada kg ulu chemor, kebetula ketika itu berlaku kejadian seorang komunis telah di tembak oleh org kg di dalam kg ulu chemor. Dan disebabkan kejadian itu telah mengubah keadaan sehingga british tidak jd menutup atau memansuhkan kg ulu chemor.
-     ketika itu.sehingga diceritakan pada awal tahun 50an orang2 cina telah di asingkan dari kg ini.dan kesan darurat itu kg ini telah dimansuhkan.(dlm plan) namun semua cerita sejarah ini tidak dicatatkan di dalam buku sebagai simpanan. Ia hanya disampaikan secara lisan dari jenerasi ke jenerasi yg baru. Kata pak yob..elok lah disimpan cerita ini sebelum beliu mati..kerana hanya tinggal dia sahaja generasi lama yg terlibat dlm sejarah ini.

5.      Kawasan rekriasi.

-        Sebelum kg sg baduk ada kawasan sungai selalu dijadikan tempat perkelahan pengunjung yg datang utk berkelah dan mandi manda di situ..tapi kawasan tersebut masih belum dikormesialkan/dimajukan.
-        Satu tempat lagi di panggil penduduk setempat dengan nama batu gelongsor.  Ada juga lata berdekatan situ..tetapi tempat mandinya agak bahaya.
-    Kata tok ketua memang ada berhasrat utk memajukan tempat rekriasi perkelahan disini. Kerana pd hujung minggu terdapat pengunjung luar datang utk berkeleh disini.
6.    Tempat menjalankan aktiviti  Kebiasaannya semua program keagamaan akan dijalankan di masjid.
-          Program keramaian..sambutan merdeka..sukan…bertempat di padang bola.
-          Maulidurrasul..maal hijrah..prog 1000 langkah..
-        Setiap bulan, masjid akan adakan prog ziarah perkampungan org asli (100% islam) sg. Baduk bagi    membantu masyarakat org asli disitu memahami agama islam..dan mengadakan syarahan agama di    surau kg tersebut.(setiap ahad minggu ke-4)..
-          Pejabat agama perak juga ada membuat lawatan ke kg sg baduk menjalankan aktiviti dakwah.
-          dahulu tahun 80an, imam masjid (mohd yassin) akan pergi bermalam disana setiap minggu (2/3 hr).   utk berdakwah..mengajar al-quran dan fardhu ain. 
-          Sejarah pengislaman org asli sg baduk iaitu ketika pemerintahan penghulu amintaza.. 
7.      Kemudahan 
-          Sekolah
-          Klinik
-          Tadika kemas
-          Masjid
-          Surau ada 3..kg ulu baduk/kg jasa/
-          Pusat sumber
-          Kedai runcit
-          Farmasi
-          Taman kanan2
-          Futsal
-          Pdg bola
-          Kedai makan
-          Balai p0lis tanah hitam..
8.      Individu ternama asal dari kg ini.
-          Dato hj mohd taib abd hamid...asal gapeh…(gamoda bhd) (bas sri maju) usahawan..kebumi di gapeh.
-          Dato malek…imam paduka diraja..
-          Adun kinta skrg: dato aminuddin asal dr kg ini…skrg pindah pecan chemor.

Note:
1.      Buku lawatan masjid
2.      Lesen mendulang
3.      Gambar prog kem rehlah
4.      Geran lama
5.      Manuskrip / catatan / buku sejarah/geografi berkaitan  ubi kayu

No comments:

Post a Comment