Thursday, 29 December 2016

LAPORAN NO 1

LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 1
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor ) 

2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-1 ( 15 dan 16 Oktober 2016 ) bertempat di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah, Perak Darul Ridzuan.

            Pada pertemuan pertama kali bagi subjek LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat ini telah diadakan di makmal komputer Kolej Lake View, Bukit Merah. Kami adalah merupakan para siswa dan siswi Fakulti Pengajian Islam (Syariah) bagi Semester 1 2016/2017 telah diarahkan untuk membentuk kumpulan seramai lima orang. Oleh yang demikian, ahli kumpulan Imtiyaz telah terbentuk dari hasil perbincangan di antara para pelajar lelaki seramai dua orang dan pelajar perempuan seramai 3 orang yang telah diketuai oleh Nurmahani binti Yusoff. Pembentukan kumpulan ini juga telah menghasilkan beberapa jawatankuasa yang penting bagi memastikan kelancaran dan kelestarian tujuan pembentukan kumpulan ini iaitu pembinaan laman sesawang bagi kampung-kampung atau sesebuah lokasi tempat yang belum pernah dikenali sebagai tugasan yang telah diarahkan oleh pesyarah Puan Fatin Hazwani binti Siran bagi semester ini.

            Pada pertemuan ini, kami telah menjalankan Diskusi Pertama dengan menggunakan pendekatan awal yang selari dengan kaedah P.D.C.A. ( Plan (Perancangan), Do (Pelaksanaan), Check (Penyemakan) dan Act (Tindakan). Oleh itu, bagi Diskusi Pertama ini kami telah memilih (P – Plan) iaitu perancangan dengan membincangkan mengenai penetapan matlamat, objektif dan pemilihan lokasi projek. Seharian kami bertungkus lumus dan memerah otak bagi mencari lokasi yang sesuai bagi tema projek kami kali ini. Alhamdulillah, hasil dari semua ahli yang saling memberikan buah fikiran sekitar Kampung-kampung yang berada di Daerah Kinta iaitu kawasan yang diberi nama Chemor telah menjadi pilihan. Setelah diteliti dan berdiskusi antara satu sama lain, kami telah mengenalpasti sebuah kampung yang diberi nama Kampung Ulu Chemor untuk menjadi lokasi projek kami. Tambahan pula, setelah diteliti dan diterokai melalui capaian internet, kampung ini tidak pernah wujud dalam capaian aplikasi “Google Maps”. Sehubungan itu, semua ahli kumpulan bersepakat untuk menerokai maklumat berkaitan kampung tersebut dan ingin menjadikannya tema projek pembinaan laman sesawang kami ini. Justeru itu, setelah mencapai kata sepakat berkaitan pemilihan lokasi projek dan persetujuan daripada pensyarah Puan Fatin Hazwani, ketua kumpulan Imtiyaz melakar gerak kerja untuk membincangkan berkenaan proposal projek pula dengan meneruskan kaedah D “Do” iaitu pelaksanaan. Draf proposal pada kali pertama telah dilaksanakan dan diberi komentar yang membina dari bimbingan Puan Fatin selaku pensyarah kami. Setelah melalui beberapa semakan dan pembetulan, akhirnya proposal kami telah dihasilkan dengan jayanya serta telah dimajukan kepada pensyarah pada 15 November 2016 yang lalu. 

Minggu ke-3 ( 29 dan 30 Oktober 2016) Cuti Perayaan Deepavali

Kami bersepakat untuk berehat seketika untuk memberi ruang kepada setiap ahli meluangkan masa untuk aktiviti masing-masing berikutan hari cuti.

Minggu ke-2 dan Minggu ke-4 (22 dan 23 Oktober 2016 & 5 dan 6 November 2016) .

Namun begitu, pada Diskusi Kedua pada minggu kedua pula kami telah mengadadakan secara perbincangan melalui talian telefon dan aplikasi “What’s App” . Dalam diskusi tersebut kami telah merangka jadual pelaksanaan projek agar gerak kerja kami lebih tersusun, terancang dan bersistematik. Bagi pelaksanaan gerak kerja ini juga kami telah merangka lebih kurang 12 minggu iaitu bermula dari 15 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016. Hal ini adalah berikutan pertemuan dua hala antara sesama ahli hanya dapat dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad mengikut jadual kuliah yang tersedia ada. Tambahan pula, lokasi penempatan ahli agak berjauhan di antara satu sama lain. Namun begitu, sungguhpun kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi pengajian jarak jauh tidak pula menjadi satu alasan halangan besar kepada kami untuk berdiskusi antara satu sama lain bagi menyempurnakan tugasan yang telah diberikan. Sebaliknya kami amat bersyukur kerana kewujudan jadual pelaksanaan projek telah memandu kami agar lebih komited dan sentiasa menjadi peringatan agar sesuatu tugas yang telah dilakarkan dapat direalisasikan. Lebih-lebih lagi semua ahli kumpulan telah mengaplikasikan pengetahuan teknologi maklumat dalam bidang “IT” dengan sebaik mungkin. Capaian internet yang sedia ada sama ada secara atas talian melalui emel, aplikasi “What’s App” dan sebagainya telah memudahkan interaksi antara satu sama lain sebagai medium perhubungan penting bagi kumpulan ini. Justeru itu, kami telah berjaya mengemukakan proposal awal ini kepada Ketua Kampung Ulu Chemor berkenaan tujuan dan matlamat kami bagi pembinaan laman sesawang untuk kampung tersebut. Pertemuan pertama bersama Ketua Kampung tersebut telah diaturkan pada 5 November 2016 jam 3.00 petang. Wakil kumpulan yang telah menemui Ketua Kampung Ulu Chemor iaitu Nurmahani dan Nur Hidayah. Perjumpaan tersebut telah berlangsung selama 15 minit di kediamannya. Terdapat sedikit penerangan awal berkaitan tujuan dan matlamat kumpulan Imtiyaz telah diterangkan secara ringkas oleh wakil kumpulan. Di samping itu juga, surat kebenaran dari pensyarah bagi subjek ini juga telah dikemukakan. Hasilnya, bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kehadiran kami dengan perancangan projek tersebut amatlah dialu-alukan. Tambahan pula, “tok” Ketua Kampung iaitu Encik Panizan bin Abdul Hamid, memang berhajat dan ingin mengadakan laman sesawang berkenaan kampung ini. Namun begitu, menurut beliau terdapat kekangan tertentu usaha tersebut ditangguhkan. Sehinggalah kedatangan wakil kumpulan kami pada petang itu telah memberi ruang dan peluang sekali lagi untuk hasrat beliau dapat direalisasikan. 

Setelah selesai dan kata persetujuan diperolehi dari ketua kampung diperolehi, wakil kumpulan bersetuju untuk menetapkan tarikh pada 19 November 2016 pada jam 3.30 petang untuk mengadakan perjumpaan secara rasmi bersama Jawatankuasa Kampung Ulu Chemor bagi mendapatkan maklumat seterusnya bagi gerak kerja pelaksanaan projek seterusnya.   

Nama                          : Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik         : GB02645
Email                          : sofeannur@gmail.com        
No. telefon                  : 013-5811176 

No comments:

Post a Comment