JURNAL REFLEKSI PROJEK KURSUS LMCR2273
Jurnal Refleksi Individu ( HP 1 )
No Matrik: GB 02471
Nama: AHMAD SYAUQI BIN BAKAR
- Berupaya menggunakan pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. (A 3)
Pada mulanya saya memikirkan apakah akan dipelajari dalam Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat ini. Mungkin berpunca daripa lemah dalam mengendalikan komputer membuatkan saya agak kurang berminat pada mulanya. Namun setelah mengikuti kelas pertama dan mendapat penerangan daripada pensyarah, ia agak mengujakan kerana sebelum ini dalam kursus yang lepas kami pernah diberi tugasan mebina blog, kali ini kami diberi tugasan untuk membina web site.
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Selepas mendapat penerangan daripada pensyarah pada pertemuan pertama banyak membuka minda saya berkaitan ICT. Antaranya bagaimana cara untuk menjadikan website kita nampak menarik, dan pengunjung lebih berminat untuk melayari website kita. Bagaimana cara untuk muat naik video ke website, dan banyak skill yang dikongsikan untuk menambah baik website.
Setelah mengikuti Kursus Apresiasi Teknologi Maklumat ini, saya mula merancang untuk mewujudkan website untuk “BAHAGIAN AGAMA FRU3” di tempat saya berkerja bagi melicinkan tugasan di samping menjimatkan kertas dan masa. Ia juga nampak lebih sesuai dan bertepatan dengan zaman teknologi di hujung jari.
Banyak kemudahan dan faedah yang dapat kita ambil daripada ilmu Apresiasi Teknologi Maklumat ini bagi memudahkan urusan seharian.
Email: syauqibaka@gmail.com
Nombor telefon bimbit: 012-4675003
Nama dalam Facebook: Ank Hj Bakaq
No comments:
Post a Comment