Thursday, 29 December 2016

NUR HIDAYAH BT ABDUL JALIL

JURNAL REFLEKSI PROJEK KURSUS LMCR2273

Jurnal Refleksi Individu (  HP 2 )
No Matrik: GB 02639
Nama: NUR HIDAYAH BT ABDUL JALIL

  • Berupaya mengaplikasi ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan profesionalisme. (A 4)

Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia berstatus negara maju pada tahun 2020, teknologi maklumat (IT) telah dijadikan satu teras yang perlu dikuasai oleh semua lapisan masyarakat. Ini adalah kerana  penggerak utama kemajuan dan pembaharuan itu ialah ilmu pengetahuan dan
Penyebaran menerusi teknologi maklumat dan komunikasi  ( ICT ). ICT ialah satu inovasi dalam kehidupan masyarakat Malaysia hari ini. Oleh kerana kuatnya pergantungan kepada teknologi maklumat itu, maka abad ke-21, dicirikan sebagai abad teknologi maklumat dan komunikasi. Masyarakat Malaysia hari ini merupakan masyarakat yang hidup dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi. Masyarakat sangat bergantung kepada penggunaan sains dan teknologi dalam semua aspek kehidupan, dan pembaharuan dan penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting dalam amalan hidup seharian.

 Kefahaman masyarakat terhadap keperluan ICT di dalam kehidupan hari ini perlu dipertingkatkan serta  perlu mengaplikasikan ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan profesionalisme supaya dapat melahirkan masyarakat bermaklumat di Malaysia. Maka dengan ini, ilmu berkenaan teknologi maklumat dapat diaplikasikan  dalam bidang profesionalisme seperti “Teknologi Maklumat dalam Pendidikan”. Ini adalah kerana pendidikan merupakan salah satu elemen yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyesuaikan diri dengan perubahan ini dengan memperluaskan penggunaan ICT di sekolah dan di institusi pendidikan tinggi. Impak globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat menuntut agar beberapa perubahan dibuat dalam sistem pendidikan. Kualiti pendidikan negara akan bertambah baik jika ICT digunakan kerana ia boleh meninggikan minat dan motivasi untuk belajar, di samping mempercepatkan proses belajar.
Sekolah Bestari merupakan antara salah satu contoh sekolah yang mengaplikasikan penggunaan ICT  dalam  melaksanakan pelbagai pengurusan sekolah. Sehubungan dengan itu, penerapan penggunaan aplikasi ICT melalui perkakas yang disediakan memperlihatkan perlaksanaan Sekolah Bestari nyata mencapai objektif dan juga matlamat yang disasarkan. Ini meliputi sistem pengurusan, pendidikan dan juga aktiviti-aktiviti sekolah yang dipacu menggunakan aplikasi dan perkakas ICT. 
Dari segi pengurusan, sekolah-sekolah berkenaan menggunakan perisian khas yang bertujuan merekodkan segala data mengenai murid dan guru dari segi kehadiran, penggunaan kemudahan komputer ataupun makmal, kewangan, perpustakaan dan sebagainya. Penyepaduan kemasukan data ke pangkalan data yang sedia ada memudahkan proses pencarian, penyimpanan dan pengurusan data yang efektif dapat dilakukan oleh pihak sekolah.Sementara itu, dari sudut pembelajaran dan kurikulum pula, pelajar berpeluang untuk berinteraksi sendiri dengan sistem pembelajaran yang berbeza berbanding sekolah biasa. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi teknik pengajaran bagi mata pelajaran tertentu yang memperlihatkan pembentangan dilakukan menerusi perisian ‘Power Point’. Penyediaan bantuan papan putih interaktif (interactive whiteboard) serta projektor melancarkan lagi proses pengajaran guru-guru di sekolah tersebut. Sebagai tambahan, sekolah-sekolah tersebut turut menganjurkan program khas seperti bengkel, pertandingan, pameran dan juga minggu berkaitan ICT khusus untuk para pelajarnya.
Pengetahuan yang mendalam mengenai ICT amat penting bagi guru agar ianya dapat di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan lagi pemahaman murid.Selain itu manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru.Justeru itu melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut.Contohnya melalui pengunaan alat seperti  powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang di ajar kerana di beri gambaran dan persembahan dan persembahan yang lebih mudah untuk di fahami berbanding dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan.Melalui cara ini setiap masalah yang timbul dapat segera di maklumkan oleh pelajar kepada guru kerana mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang di ajar menggunakan ICT. 

Rumusannya, Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui. Mengurus teknologi maklumat  secara berkesan adalah kunci kepada kejayaan pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi disekolah. Tanpa pengurusan yang mantap dan berkesan, kejayaan pengajaran dan pembelajaran menggunakan Teknologi maklumat akan menghadapi laluan yang jauh. Mudah-mudahan semua sekolah akan menjadi Sekolah Bestari menjelang tahun 2020 seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Email: dayahjalel@gmail.com
Nombor telefon bimbit: 019-9781560
Nama dalam Facebook: Hidayah jalel

No comments:

Post a Comment