Thursday, 29 December 2016

NURMAHANI BINTI YUSOFF

JURNAL REFLEKSI PROJEK KURSUS LMCR2273
GB02645 Jurnal Refleksi Individu (1)

No Matrik: GB02645                                     
Nama: Nurmahani binti Yusoff

  1. Refleksi Tentang HP 1 Berupaya menggunakan pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. (A 3)

Ya, saya berupaya menggunakan pengetahuan asas berkenaan teknologi maklumat dalam urusan kerja dan kehidupan seharian. Hal ini selari dengan bidang pekerjaan saya sendiri sebagai Pegawai Imigresen yang ditugaskan untuk menyelaras pengurusan aset alih dan tak alih kerajaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perak sejak tahun 2012 sehingga kini. Sebelum penyelarasan 1 Pekeliling Perbendaharaan (1PP), tugasan penyelarasan aset tersebut dilakukan secara manual, namun begitu kini telah dinaik taraf dengan penggunaan aplikasi Sistem MySPA yang hanya dapat dicapai melalui talian internet dan server jabatan sendiri. Adapun begitu, pada peringkat awal hal ini telah membuatkan saya berusaha meneroka dan terus mengkaji berkenaan kaedah penggunaannya. Akhirnya kini saya telah menjadi salah seorang rujukan di jabatan saya sendiri untuk semua kakitangan pegawai Imigresen yang terlibat secara langsung dengan penggunaan Sistem MySPA tersebut yang melibatkan pengetahuan teknologi maklumat yang meluas.  
  
  1. Rekleksi Tentang HP2  Berupaya mengaplikasi ilmu berkenaan teknologi maklumat  dalam kehidupan dan profesionalisme. ( A 4)

         Ya, saya berupaya mengaplikasikan ilmu berkenaan teknologi maklumat dalam kehidupan dan profesionalisme ini sejak dari awal penglibatan saya dalam sektor perkhidmatan sebagai penjawat awam. Hal ini berikutan, dewasa ini segala urusan kehidupan akan diatur selari dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi maklumat secara meluas dan tiada bersempadan. Ianya sejajar dengan misi negara yang sedang giat gigih untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dalam segenap sektor bagi mencapai visi dan misi negara maju dan kelestarian Wawasan 2020. 

            Sehubungan itu, dengan ilmu teknologi maklumat yang telah dipelajari ini telah mendewasakan saya serta mematangkan fikiran agar bijak dalam mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sesungguhnya memang banyak manfaat yang dapat diperolehi daripada teknologi maklumat ini tidak kira dari segi komunikasi antara satu sama lain, perkongsian maklumat atau info-info terkini yang dapat memberikan keuntungan dalam hal ehwal perniagaan atau pun industri, kewujudan gajet-gajet yang memberikan kemudahan kepada manusia di alaf moden dan kontemporari serta penyebaran dakwah kepada kebaikan terhadap agama Allah terutamanya. Namun begitu, tidak dinafikan sekiranya saya tersilap langkah dalam mengendalikan kemahiran bersumberkan teknologi maklumat ini, kebarangkalian kerosakan dan kemusnahan akhlak yang murni pasti terhakis sedikit demi sedikit. Tambahan pula, jika adanya desakan gelora nafsu yang membara terhadap kefanatikkan bergajet, bergosip atau pun mementingkan diri sendiri serta tidak memperdulikan perasaan dan sensitiviti kaum yang lain dan sebagainya, sudah pasti aura negatif lebih mendominasi dalam diri individu itu. Dengan kewujudan teknologi maklumat yang serba pantas ini pasti sekelip mata sebarang hebahan negative mudah untuk tersebar secara berleluasa dan merebak dengan luas tanpa tapisan. Namun begitu, adanya tindakan pencegahan dan kesedaran yang dimulakan dari sejak awal pembabitan seseorang itu terhadap teknologi maklumat pasti dapat menyelesaikan sebarang masalah berkaitan isu-isu tersebut malah lebih harmoni penggunaan teknologi maklumat ini di kalangan manusia.

            Ironinya, memang teknologi maklumat mudah, tepat, cepat dan menguntungkan dalam zaman mutakkhiran ini. Namun begitu, jelas sekali sebagai individu Muslim yang berpegang teguh kepada keimanan dalam beragama dan mentauhidkan Allah yang satu, perlulah diingatkan agar sentiasa tanamkan dalam diri bahawa menggunakan ilmu teknologi maklumat ini untuk keberhasilan mendidik jiwa kearah kebaikan dan keharmonian dalam bermasyarakat.  

Email: sofeaannur@gmail.com
Nombor telefon bimbit: 013-581176                          
Nama dalam Facebook: Qaj Nie

No comments:

Post a Comment