Thursday, 29 December 2016

LAPORAN NO 2

LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO  2
Nama Kumpulan: IMTIYAZ ( PBJJ BUKIT MERAH )
1. Makluman Ketua dan Ahli Kumpulan.
a) Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan )
b) Siti Rukhaiyah binti Salim ( Setiausaha )
c) Ahmad Syauqi bin Bakar ( Bendahari )
d) Muhammad Radzi bin Abdul Rahman ( Penyusun Grafik )
e) Nur Hidayah binti Abdul Jalil ( Editor ) 

2. Butiran Aktiviti / Diskusi di antara Ahli Kumpulan.
Minggu ke-5 ( 19 November 2016) interaksi bersama penduduk kampung dan wakil penduduk setempat di lokasi projek.

            Pada tarikh 19 November 2016 kumpulan kami telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan buat kali pertama bersama-sama wakil penduduk setempat di lokasi projek iaitu Kampung Ulu Chemor. Pertemuan ini adalah melibatkan semua ahli kumpulan seramai lima (5) orang. Masing-masing hadir dengan kenderaan sendiri dan ada yang berkongsi kereta bagi rakan-rakan yang datang dari Pulau Pinang dan Utara Perak iaitu Taiping. Tidak kurang juga bagi salah seorang ahli wanita kami yang sedang sarat mengandung juga turut serta dengan ditemani oleh suaminya yang bertolak dari Ampang, Ipoh. Manakala seorang lagi ditemani ibu dan adik-beradiknya yang bergerak dari Kamunting. Alhamdulillah, perancangan kami untuk berkumpul pada hari tersebut telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Selaku ketua kumpulan, perancangan masa dan lokasi pertemuan bagi menantikan ahli-ahli yang lain telah disusun rapi dan menepati masa yang telah ditetapkan. Berikutan pada hari kejadian sebenar, bermula jam 12.00 tengahari lagi rakan-rakan ahli telah memulakan perjalanan mereka bagi yang tinggal jauh dari Ipoh. Sebuah tempat yang telah dipilih iaitu Mydin Mall Ipoh menjadi tempat berkumpul di antara jam 2.30 petang hingga jam 3.00 petang. Tambahan pula, masa yang diperuntukkan untuk sampai ke lokasi projek adalah sekitar 3.30 petang. Kenderaan kami bergerak secara berkonvoi bermula dari Mydin Mall Ipoh hingga ke Masjid Al-Mohsiniah, Kampung Ulu Chemor dengan diketuai ole Ketua Kumpulan sendiri yang merupakan anak jati Kampung Ulu Chemor. Kami telah berjaya tiba di perkarangan masjid tersebut lebih kurang jam 3.30 petang. 

        Setibanya di lokasi projek, kami berasa amat terpesona dengan keindahan kampung yang agak unit dengan rekabentuk rumah-rumah kediaman penduduk setempat yang tersusun di sepanjang jalan utama ke kampung tersebut di kiri dan kanan jalan. Tambahan pula pemandangan sekitar kampung ini tidak menggambarkan suasana kampung yang dikatakan agak ketinggalan zaman. Sebaliknya kampung ini sedang meningkat maju dan seiringan dengan perkembangan semasa. Meskipun begitu pada namanya sepertimana yang didengari adalah Kampung Ulu Chemor, lazimnya perkataan “ulu” menggambarkan kampung ini seakan-akan sebuah kawasan kampung yang terletak di penghujung sesuatu tempat. Akan tetapi keadaan sebenar persekitarannya adalah berlainan dan membuatkan timbulnya keghairahan untuk mengenali kampung ini lebih dalam lagi. 

            Kehadiran kami pada petang itu telah dinantikan oleh Ketua Kampung iaitu Encik Panizan dan Setiausaha Jawatankuasa Kampung, Encik Shafari Hamdan. Kedatangan kami amatlah dialu-alukan dan sementara menunggu ketibaan wakil penduduk yang lain, kami diberi keizinan untuk meninjau keadaan sekeliling perkarangan masjid tersebut. Kami juga mengambil kesempatan yang ada untuk berbincang serba sedikit bagi menambahkan idea berkaitan langkah-langkah projek “D”- Do iaitu pelaksanaan seterusnya mengenai temua bual yang akan diadakan itu. Soalan-soalan berkaitan temubual telah disediakan hasil dari perbincangan kami berlima secara atas talian dan kiriman mel elektronik yang menjadi penghubung antara satu sama lain. Setelah perbincangan diadakan, ketua kumpulan akan membuat keputusan di atas persetujuan semua ahli. Kaedah ini adalah penerapan utama yang kami laksanakan dalam kumpulan Imtiyaz. Bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan temua bual dijalankan, malah menjadikan semua aspek-aspek gerak kerja berkumpulan kami agar lebih bersistematik dan berketrampilan dalam sesebuah mini organisasi ini. 

Pada pukul 4.00 petang, semua wakil dari kampung iaitu seramai enam orang yang terdiri daridapa ketua kampung, seorang Setiausaha Jawatankuasa Kg. Ulu Chemor, tiga (3) orang wakil Jawatankuasa Masjid Al-Mohsiniah Kg. Ulu Chemor dan seorang wakil penduduk setempat. Pertemuan ini bertujuan untuk pengumpulan data berkenaan perihal kampung ini. Sesi temu bual bersama penduduk kampung ini telah dimulakan dengan bacaan doa oleh imam masjid Al-Mohsiniah iaitu Encik Rosli bin Othman. Kemudian diikuti dengan sesi taaruf di antara ahli kumpulan Imtiyaz bersama wakil penduduk kampung. Saudara Mohamad Radzi bin Abdul Rahman selaku pembuka bicara dari kumpulan kami telah memperkenalkan dirinya dan ahli-ahli kumpulan. Mohamad Radzi telah memainkan peranannya untuk menjelaskan matlamat dan tujuan serta menceritakan serba sedikit berkenaan kedatangan kami ke kampung tersebut. Seterusnya diikuti oleh Encik Panizan Bin Abdul Hamid selaku ketua kampung untuk memulakan kata-kata aluannya serta beliau juga turut memperkenalkan ahli jemaah yang lain. 

Setelah mendengar penjelasan dari kami, wakil penduduk kampung sangat berbesar hati dengan kedatangan kami dan menyatakan hasrat akan membantu sedikit sebanyak yang boleh bagi menjayakan projek ini. Oleh itu, sesi temu bual telah dimulakan dengan pertanyaan dua hala berkenaan perihal kampung tersebut bersama wakil kampung tersebut. Alangkah bertuah dan bersyukurnya kami kerana pada pertemuan tersebut telah turut serta seorang warga tua berusia 73 tahun bernama Yeop Ahmad in Abu Hassan atau lebih dikenali sebagai “Tok Yop” yang merupakan penduduk asal di kampung ini. Beliau merupakan sumber paling penting kerana telah melalui kehidupan di kampung itu sejak dari usia kanak-kanaknya. Beliau juga merupakan penduduk yang paling lama menetap di kampung tersebut dan tersimpan banyak kisah-kisah lama berkenaan kampung yang masih segar dalam ingatannya dan dapat dikongsikan bersama kami pada petang tersebut .

 Berikut adalah senarai wakil penduduk Kampung Ulu Chemor
  1. Panizan Bin Abdul Hamid ( Ketua Kampung )
  2. Shafari Hamdan Bin Mohamed Noor ( Setiausaha JKK kampung )
  3. Kamarulzaman Bin Ahmad Ghazali ( JKK kampung )
  4. Yeop Ahmad Bin Abu Hassan ( Penduduk )
  5. Rosli Bin Othman ( wakil masjid Al-Mohsiniah –Imam)
Sekitar jam 6.00 petang, selesailah sesi temubual bersama wakil kampung dengan jayanya. Hampir dua jam kami menjalankan sesi temubual tersebut dan kami sangat berpuas hati dengan penerangan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka semua. Di samping itu juga kami diberikan pendedahan dan makluman awal berkenaan projek-projek dan perancangan di masa akan datang untuk penduduk kampung. 

Sebelum bersurai kami menikmati sedikit jamuan makan petang yang disediakan oleh jawatankuasa kampung. Sebelum meninggalkan perkarangan masjid, kami mengadakan sesi fotografi sebagai tanda kenangan dan sekaligus sebagai bahan rujukan bagi projek kami. Kami turut dipelawa dan diberi izin oleh ketua kampung untuk melawati dan merakamkan aktiviti sekitar kampung tersebut dengan ditemani oleh Tok Yop sendiri. Memang terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dapat kami lihat serta didapati beerapa aktiviti menarik yang telah dijalankan oleh penduduk kampung tersebut. Semasa melusuri setiap jalan di kampung ini, wakil kumpulan kami iaitu Ahmad Syauqi telah merakamkan video pemandangan sekitar lokasi projek. Rakaman ini diambil ketika Muhammad Radzi memandu kenderaan MPV Perodua Alza yang turut ditemani oleh “Tok Yop”.

Pada jam 6.30 petang, maka selesailah aktiviti kami kali inidan pulang ke destinasi masing-masing. Kami sangat bersyukur dan berpuas hati dengan pertemuan pertama yang diadakan bersama wakil kampung tersebut dan merancang akan mengadakan pertemuan yang kedua pula pada masa akan datang setelah projek kami selesai dengan jayanya. Hajat kami adalah dengan kejayaan dan keberhasilan laman sesawang Kampung Ulu Chemor ini nanti dapat kami serahkan kepada Ketua Kampung Ulu Chemor untuk digunapakai secara bermanfaat kepada semua penduduk kampong khususnya.

Nama                          : Nurmahani binti Yusoff ( Ketua Kumpulan Imtiyaz )
Nombor Matrik         : GB02645
Email                          : sofeannur@gmail.com        

No. telefon                  : 013-5811176 

No comments:

Post a Comment